Kerjaya lakonan Raja_Afiq

Bakat lakonan Raja Afiq mula dicungkil dalam uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2014 yang dianjurkan oleh TV3 dan TV9. Bagaimanapun, beliau hanya mula melibatkan diri dalam bidang lakonan secara serius pada tahun berikutnya dengan menjadi watak sampingan dalam drama Hello, Mr. Perfect! yang diterajui Fattah Amin dan Ruhainies.

Pada tahun 2016, buat pertama kalinya beliau menjadi teraju utama dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz sebagai Kapten Ustaz Mukhriz, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bergelar ustaz yang cuba dipikat oleh Dr. Ariana Dahlia, seorang doktor lakonan Niena Baharun yang menjadi heroin dalam drama ini.[3] Pada 2 Disember 2016, Afiq bersama Janna Nick berlakon di samping Puteri Balqis dalam telefilem Tangisan Izara arahan Shuhaimi Lua Abdullah.[4]

Pada tahun 2017, beliau telah dilantik menjadi Duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017. Afiq muncul dalam telefilem bertajuk Trauma, khas bersempena DFKL 2017 yang disiarkan pada 11 Mac 2017 di TV3 menerusi slot Cerekarama dan dibintangi oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Dayana Roza, Idris Khan dan Zara Zya.